JKhye

I Will Follow You

Saturday, July 25, 2009

ACEP

Academic Excellent Programme
Tarikh:25 Julai 2009
Masa:7.00am - 6.30pm
Tempat:Kolej Kediaman 11,Universiti Teknologi Malaysia,UTM
Anjuran daripada pihak Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Perwira,UTHM
1)Biro Akademik Dan Intelektual
2)Biro Kerohanian Dan Etika
Saya amatlah bangga kerana telah dipilih untuk menyertai dan menjadi salah satu wakil Kolej Kediaman Perwira ke UTM.
Ini merupakan kali pertama saya mengunakan Bahasa Malaysia untuk menulis blog saya.
Jika terdapat sebarang kesilapan bahasa,sila memberi tunjuk ajar ya,ok..
Kali ini juga merupakan pertama kali saya menjejak ke bumi UTM dan lawatan kali pertama ke luar selepas mendaftar di UTHM.
Kami juga amatlah bangga atas kemesraan dari pihak Kolej Kediaman 11,UTM.
Kami saling bertukar pendapat,idea,rancangan dan paling utamanya ialah pengalaman. Tentatif Program utama adalah seperti berikut:
-Berkumpul di Pondok Bas Perwira
-Bertolak ke UTM,Skudai
-Tiba di UTM,Skudai
-Akademik Cemerlang,Pemimpin Gemilang
-Perkongsian Pintar
-Eksplorasi UTM
-Kuat Stamina,Cerdas Minda
-Resolusi dan Penyampaian Cenderahati
-Berangkat Pulang ke UTHM



Saya telah membuat satu video clip pendek(10 minit 55 saat) yang menayangkan segala aktiviti dan situasi yang dijalankan dalam tempoh masa itu.
Jika sesiapa minat untuk mendapatkannya, bolehlah ambil dari saya.
Lawatan kali ini telah memberi peluang untuk saya lebih memahami UTHM mahupun UTM.
Saya berharap pihak universiti akan giat mengadakan lawatan dan program di dalam ataupun di luar kampus.
Emm..saya juga berharap salah satu peserta adalah saya,Haha...kerana saya suka berjalan-jalan.
Selain itu,saya juga berkenalan dengan banyak kawan dalam lawatan ini.
Mereka amatlah mesra dan baik tanpa mengira agama,bangsa dan latar belakang.
Kerana kita adalah SATU MALAYSIA
Marilah kita bersama-sama melaungkan nama UTHM di pentas dunia dan membuktikan bahawa kita juga boleh duduk setaraf dengan universiti lain yang tersohor dengan namanya.

4 comments:

huiting said...

ur bahasa Malaysia is very good what..i think is nothing wrong..

JKhye Lim said...

To:huiting
Wah,so fast give comment for me ya
i just post...
Really no mistake in my sentence??
Emm..anyway,thanks ya

nEoH said...

no mistake meh...u sure,,,haha!!!
the life syok??

JKhye Lim said...

To:eric
Emm..life at here syok also la
Got new friends and join many activity lo..hehe
But very miss Penang lo..