JKhye

I Will Follow You

Monday, August 3, 2009

TITAS G1 1st Assignment


CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA
Pembentukan Bandar
Setelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak, mereka mula membentuk penempatan menetap. Perkampungan-perkampungan ini lama-kelamaan akan membentuk bandar-bandar kerajaan atau negara kota. Proses perubahan ini juga dikenali sebagai urbanisasi. Negara kota ini akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi manusia, pusat perdagangan bagi petempatan-petempatan yang ada di sekitarnya. Contoh negara kota yang terdapat pada zaman ini ialah negara kota Ur, Urech dan Kish di Lembah Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Indus di India.

Pembentukan Kerajaan
Perkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini. Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman ini. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan.

Wujudnya Organisasi Sosial
Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyai organisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yang diperintah seperti rakyat bebas, petani dan artisan. Golongan yang mempunyai kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi.

Perkembangan Teknologi
Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat.

Pengkhususan Kerja
Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikan sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususan telah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang.


Wujudnya Kepercayaan
Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk awal ini percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri yang dikenali sebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun Hwang-Ho. Kepercayaan mereka berkait rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu, mereka telah menyembah dewa-dewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam semesta dan kehidupan selepas mati.

Wujudnya Bahasa dan Tulisan
Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam sistem tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan yang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan menggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf), terutama di Tamadun Sumeria dan Mesir.



KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada tanah lanar yang rata dan mempunyai tanih yang subur yang amat sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan. Penduduk-penduduk pra sejarah hidup semata-mata bergantung kepada keadaan alam sekitar. Oleh itu, bentuk muka bumi yang strategik dan terdiri daripada tanih yang subur telah banyak membantu mereka untuk menghasilkan makanan daripada sumber alam dan kemudian berkembang sehingga mereka mengetahui cara bercucuk tanam yang dapat menghasilkan makanan untuk sara diri dan kemudian berkembang ke arah yang bertamadun. Penghasilan makanan yang banyak dalam sesuatu tempat tertentu telah menyebabkan pertambahan penduduk dan menyebabkan tempat itu berkembang menjadi sebuah bandar kecil. Sebagai contoh, tanah loes di Lembah Hwang-Ho dan tanah lanar di Lembah Sungai Nil yang amat subur untuk menjalankan kegiatan pertanian telah berkembang menjadi perkampungan yang kecil.


Lembah Sungai
Sungai adalah salah satu faktor yang penting bagi kemunculan tamadun awal. Orang pra sejarah biasanya bertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sungai yang mempunyai sumber perairan yang baik. Hal ini adalah kerana kehidupan seharian manusia sejak awal lagi adalah tidak dapat berpisah dengan air. Oleh itu, kawasan tepi sungai telah menjadi tumpuan penduduk pra sejarah awal. Sungai menyediakan air untuk tanaman khususnya kepada mereka yang mengetahui cara bercucuk tanam. Sungai juga menjadi sumber makanan yang utama kerana di dalam sungai terdapat habitat ikan dan mereka dapat menjalankan kegiatan penangkapan ikan di ditu. Sungai juga menjadi alat perhubungan bagi penduduk pra sejarah dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada batang-batang kayu yang berongga untuk dijadikan sebagai pengangkutan air dan mereka yang mengamalkan sistem barter dapat berhubung antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti pertukaran barang.

Iklim
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan mempunyai iklim yang sesuai. Dengan adanya iklim yang sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumber makanan khususnya pertumbuhan tumbuhan. Iklim yang sesuai menggalakkan tumbuhan dapat bertumbuh dengan subur dan haiwan juga dapat melakukan pembiakan dalam keadaan yang baik. Dengan itu, habitat haiwan tidak akan menjadi pupus dan manusia dapat memperolehi sumber makanan yang banyak daripada binatang dan tumbuhan liar. Tamadun awal bermula di kawasan iklim yang berhawa sederhana, contohnya seperti di Asia Barat yang beriklim kering telah menyebabkan hutan terbakar dan tidak terdapat tamadun dan kehidupan angin kering di Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh dengan cepat.

Pertambahan Penduduk
Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusia semakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan besar dan penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat-alat senjata dan sebagainya. Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seorang ketua dengan sistem pentadbiran dna perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang teratur. Dengan pertambahan penduduk yang pesat wujud sebuah masyarakat yang lebih dinamik atau berdaya maju. Penduduk-penduduk dapat melahirkan idea-idea dan ciptaan baru dengan menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan cepat. Mereka mula mengamalkan pengkhususan kerja dengan menunjukkan kemahiran dalam menenun kain daripada bulu binatang dan gentian tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Mereka juga pandai menganyam bakul dan membuat barang-barang tembikar.

Kemajuan Perlindungan
Menurut ahli-ahli sejarah tamadun manusia yang terawal muncul di lembah-lembah sungai kerana ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dan kawasan tinggi menjadikan ia selamat kerana kawasan-kawasan tersebut boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar. Empat tamadun terawal yang wujud di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun Hwang-Ho di Lembah Sungai Kuning. Tamadun-tamadun ini bermula sebagai perkampungan kecil kemudian berkembang dengan pesat menjadi negara-negara kota yang lebih besar dan kompleks.

Kemajuan Teknologi
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan adanya kemajuan teknologi seperti penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar. Mereka pandai membuat barang-barang tembikar daripada tanah-tanih yang kering. Alat-alat tembikar digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Mereka menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan cepat. Baka-baka baru tanaman yang dicipta membolehkan lebih banyak tanaman dihasilkan. Kewujudan sistem pengairan yang maju turut membantu kegiatan pertanian dapat menghasilkan hasil yang berlipat ganda. Roda telah dicipta untuk mempercepatkan perjalanan dan memudahkan pergerakan. Di Sungai Hwang Ho, tembok telah dibina untuk menghalang banjir.

Perkembangan Agama dan Kepercayaan
Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga bertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama dan kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan kepercayaan animisme dan yang berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh. Mereka menyembah unsur-unsur alam semesta dan roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah menjadi satu amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan.



INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Setiap tamadun yang pemah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalarn memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinarnbungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenamya hasil sikap terbuka dalarn menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sarna ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun India dan China telah memberi kesan positif iaitu penyebaran agarna Buddha, teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China dapat dipelajari oleh tamadun India. Kesan negatif hasil interaksi tamadun ialah penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9, ke-18 dan Perang Dunia Kedua disebabkan faktor agarna, falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Kewujudan interaksi antara tarnadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percarnbahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.
Jika dilihat dalam pembinaan sesebuah tamadun dan negara, kewujudan interaksi antara tarnadun penting demi kelangsungan dan kemajuannya. Walau perhubungan yang ingin dibina melalui asas perdamaian, keharmonian yang dimanfaatkan antara satu sarna lain, narnun adakalanya hubungan tersebut tidak dapat lari dari sebarang konflik berdarah, peperangan, pencerobohan, peperangan mahupun penjajahan. Proses penyedutan unsur-unsur luar yang telah diasimilasi dan diadaptasikan dengan kebijaksanaan tempatan (local genius) telah menjadi pemangkin bagi sesebuah tamadun melangkah maju ke tahap yang lebih tinggi. Dalarn konteks pembinaan negara Malaysia, penduduk asal bangsa Melayu telah melalui tempoh yang panjang berinteraksi dengan dua tarnadun yang dominan iaitu tarnadun Cina dan India.

SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA
ZAMAN PRA-PENJAJAH BARAT
Hubungan antara China dengan Alarn Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 144).
Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negeri¬negeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445) (Hashim Hj. Musa, 2005: 145).
Interaksi dan pertalian kerajaan tamadun Melayu dengan tamadun Cina pad a zaman pra-penjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke atas tamadun Melayu. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan negara-negara luar lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara itu. Sikap mereka saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri budaya masing-masing. Bahkan ada kecenderungan pada pihak China untuk mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa tamadun tempatan, contohnya I-Ching yang belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun. Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat Melaka pada zaman kesultanannya. (Hashim Hj. Musa, 2005: 146).

ZAMAN PENJAJAHAN BARAT
Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat Cina terlalu kedl dan terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku selepas Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826, Singapura pada tahun 1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan mereka berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain. Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di Lukut, Sungai Ujong, Larut, Kelang dan Kuala Lumpur. Di samping itu orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu yang membenarkan mereka bekerja di ladang lada dan gambir. (Hasnah, Matdiana, 2000: 155).
Namun dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayu terdapat jurang yang luas. Antara sebabnya kawasan penempatan yang berasingan; orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan perlombongan seperti Kuala Lumpur yang mempunyai 79% daripada penduduk seramai 43,786 pada tahun 1891 adalah orang Cina. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengaja memisahkan penempatan antara kaum ini. Kawasan penempatan orang Cina juga merupakan kawasan yang berdikari (self-contained) dengan penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk kelangsungan hidup mereka (Hashim Hj. Musa, 2005 : 148-149).



KESAN INTERAKSI TAMADUN CHINA DALAM TAMADUN MELAYU
Bahasa dan Kesusasteraan
Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba, 1962 : 275) :
(a) Makanan dan buah-buahan
Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu.
(b) Pakaian dan barang-barang dagangan
Cukin, tocang, joseh, 10' cuan, kekwa (bunga), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci (1/10 tahil), hun (1/100 tahil, 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci.
(c) Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, ang oh, loceng, langkan, kangka, bangs aI, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan), cacing.
(d) Manusia dan ehwalnya
Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cine au, amp au, taijin, kuntau, gua, lu, sengse singkek, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokang, tekong, band, cuak, culai, lancong.
(e) Permainan
Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai dan mahjong

Budaya dan Kesenian
Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina (Hashim Hj. Musa, 2005: 146-147).

Di samping komuniti Baba dan Nyonya terdapat satu lagi komuniti peranakan Cina di Kelantan. Mengikut kajian, mereka telah menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari Kuala Krai di hulu sehingga ke Tumpat di muaranya. Kewujudan hubungan yang rap at antara Melayu Kelantan dengan komuniti peranakan Cina menyebabkan penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian yang serupa. Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati dan cita rasa yang sepunya misalnya kegemaran kepada wayang kulit, wayang gedek, menora dan bagi kumpulan pinggiran, permainan mahjong, pakau dan capjeki. Namun ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan Cina ke dalam masyarakat Melayu, bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya Cinanya, ialah agamanya. Orang Cina tetap mengekalkan am alan kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme, kepercayaan kepada roh nenek moyang dan juga amalan agama Buddha,. membezakannya daripada masyarakat dan budaya Melayu yang berasaskan agama Islam (Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin, Ramli Awang, 2005: 41).

SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIA
ZAMAN PRA-PENJAJAH BARAT
Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam Some Contribution Of India To Ancient Civilization Of Indonesia And Malaysia, interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu (Amran, 1995 : 120). Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka. (Hall, 1981 : 23). Negara terawal muncul yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2 Masihi, bertapak di Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo. Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul dan menerima pengaruh India antaranya Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenanjung, Kam-to'-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 138).
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang yang utama. Mereka datang daripada pesisir Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat (Cambay, Surat dan Randir). Ada yang tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkan pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Cucunya Raja Kasim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu (1446-1456). Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1500). Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah.

ZAMAN PENJAJAHAN BARAT
Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamildan Telegu dari wilayah Andhra Pradesh. Di samping itu, pihak Inggeris membawa masuk orang Ceylon dan Malayalee untuk berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladang-Iadang kerana mereka berpendidikan Inggeris. Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat menjelang tahun awal abad ke-20. Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,277, orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeri Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000: 176-177).
Namun kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Ini kerana pendatang India zaman pra¬penjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk ke dalam institusi istana dan institusi negeri yang lain. Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan so sial yang tersendiri serta terasing. Oleh demikian, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimum.


KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN INDIA
Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja Melayu serta ad at resam dan hiburan.
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah (Hashim Hj. Musa, 2005: 142-143).

(a)Pinjaman daripada Sanskrit:
Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat:
Bhumi-bumi
Bheda-beda/beza
Bhasa-bahasa
Arthah-harta
Bhakti-bakti
Bhudi-budi
arghah-harga

Vokal /a/ dalam suku kata pertama digantikan dengan e pepet:
Nagaram-negara
Panajaram - penjara
danda-denda


Vokal e pepet disisipkan di temp at gugus konsonan:
Putrah-putera
Cakravala-cakerawala
sastram-sastera
cakram-cakera

Konsonan sengau/nasal disisipkan antara vokal:
Akasah-angkasa
upama-umpama

(b)Pinjaman daripada Bahasa Tamil.
Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya:
Kendii-kendi
Kappal -kapal
Petti-peti


Vokal /a/ digantikan dengan e pepet :
Kadai-kedai
Mampalam - mempelam
Paricai - perisai

Konsonan /v/ digantikan dengan /b/ atau /w/:
Vagai - bagai
Kaval-kawal
Vanali - bende


Vokal /u/ digantikan dengan vokal /0/:
Mutal-modal
Kulam - kolam


Vokal panjang di hujung perkataan digantikan dengan bunyi tekak atau glotis:
A yyaa-ayah
Akkaa - kakak
Amma- - emak
Jika kita lihat dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit (Ismail, 1985: 111). Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarah Melayu berkaitan dengan tradisi mitos India yang tersebar luas di Asia Tenggara sejak beberapa abad Masihi lagi. Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran, kemuliaan, martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa. Contoh, unsur mitos pengembaraan Raja Suran ke dalam laut serta hubungannya dengan lagenda puteri naga menunjukkan unsur bahawa unsur mitos tersebut dalam Sejarah Melayu menegaskan hak kekuasaan yang sah kepada Sang Sapurba dan diwarisi oleh raja-¬raja Melaka (M. Rajantheran, 1999: 143-144).



Institusi Pemerintahan dan Istiadat Raja-raja Melayu
Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkan
legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya. Kerajaan di dunia dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkan konsep Deva-Raja. Istana dibina di atas tanah tinggi di tengah negeri sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan yang terletak di tengah Alam Semesta. Candi sebagai monumen batu dibina untuk menjadi temp at jamuan makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap suci oleh rakyat. Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai Panca Prasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru, dan penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32 berasaskan empat kardinal penjuru alam yang dikali dengan empat. Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan pembesar negeri seperti Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja) Yang Paling Suci) Seri Paduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja). Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan pelantikan Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagai ketua tentera dan lain-lain (Hashim Musa, 2004 : 141).






Adat Resam dan Hiburan
Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Antara contoh pengaruh Hindu yang paling ketara dalam adat resam Melayu ialah dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat (Amran, 1995 : 136). Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003 : 184).



PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
Tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yang tersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu dengan satu tamadun yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan banyak persamaan yang dikongsi antara beberapa tamadun tersebut. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya teologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan mereka berbeza antara satu sama lain.

Persoalan-persoalan teologi sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat. ercanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu lmadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah lmadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan ersoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang kontroversi. Hakikat ini dapat lenjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam eharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam onteks melihat perbezaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan =handra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, lohd Zuhdi Marsuki. 2002).

ALAM SEKITAR
Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima ~mua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai tmgerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian tau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme
an beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan
tmgerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah an dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak lempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang lasih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan ~knologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu lmadUl). atau pengamalan budaya.

KELUARGA
Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu ihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lzimnya adalah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa ang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. engamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan onsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan ~perti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. :onsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang an hormat-menghormati. Be:rdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan edudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang lenjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab lasing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.


KOMUNITI
Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap tamadun tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

KERAJAAN
Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun China, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam India; Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sarna. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.

KEGIATAN EKONOMI
Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan¬pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya.

PENDIDIKAN
Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

KESIHATAN
Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun¬tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.


NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN
INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI
TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan.
Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab.
Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan. - Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.
- Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
- Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.

TAMADUN CHINA
-Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.
-Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.
-Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-
a) hubungan maharaja dengan rakyat
b) hubungan bapa dengan anak
c) hubungan abang dengan adik
d) hubungan suami dengan isteri
e) hubungan kawan dengan kawan
-Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.
-Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

TAMADUN INDIA
-Unit penting dalam tamadun India.
-Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat.
-Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India.
-Walaupun hubungan darah yang dikiradaripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.

KOMUNITI
TAMADUN ISLAM
-Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam.
Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.
-Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.
-Asas hubungan individu dalam Islam:-
a) ikatan kekerabatan
b) persamaan agama
c) ikatan kemanusiaan
-Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata.
-Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.
-Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.
Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

TAMADUN CINA
-Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat cina-kuasa lelaki dan bapa.
-Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.
-Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran.

TAMADUN INDIA
-Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang ketat.
-Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.
-Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek moyang.
-Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.
-Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.
-Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat.
-Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota.



KESIMPULAN
Pada zaman penjajahan British kesan daripada polisi "pecah dan perintah", menyebabkan tidak terdapat interaksi meluas antara kaum di Malaya. Kawasan penempatan yang berasingan diperkukuhkan oleh kegiatan ekonomi yang berbeza¬beza, memisahkan pelbagai kaum tanpa banyak interaksi antara satu sarna lain. Dengan itu telah melahirkan masyarakat majmuk dengan ciri-ciri budaya, agama dan bahasa yang berbeza-beza.
Selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran yang kuat di kalangan para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal polisi dan langkah-Iangkah bagi mewujudkan interaksi dan hubungan yang lebih rapat antara kaum, melalui penubuhan Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC yang bertanding dan menang dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya membentuk Kerajaan Perikatan. Dasar pelajaran P.T.M iaitu Penyata Abdul Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 telah memperakukan sistem pendidikan kebangsaan yang tunggal bagi menyatukan semua murid sekolah dari pelbagai kaum dalam satu sistem sahaja. Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Rukun Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah dibentuk. Ini diikuti pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan dipesatkan, demi mengurangkan jurang pemisahan antara kaum membolehkan perpaduan dan muhibah dapat disemai.

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) telah dilancarkan untuk menstruktur semula masyarakat dan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara Bumiputera dan kaum Cina yang menjadi punca utama konflik perkauman. Seterusnya Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Kedua (RJPP2) (1990-2000) telah dilancarkan pula untuk menyusuri dan melengkapi DEB yang telah tamat itu.

Semua itu adalah polisi dan langkah-Iangkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan pemimpin Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu untuk mengatasi suasana berbilang kaum dan masyarakat majmuk yang berkonflik dan berpisah warisan dan tinggalan daripada amalan penjajahan British.

6 comments:

nEoH said...

eh...these thing...titas we learnt b4 leh...haha..

huiting said...

wah wah wah,so long ar??i din read all,but i ll copoy it and read later..haha..thx ya..

JKhye Lim said...

To:eric
Lol...we here just start to learn ma..
But all same as our form 4 history 1..

JKhye Lim said...

To:huiting
Welcome..
I also hope we all can get 1st class and get Dekan together..
So,if got any new info
Remember share with me oo...ok
Add oil ya..

HBlogger said...

this post helps us a lot...no we're not copying but just for references... thanks!!!!!!
(IKIP student)

JKhye Lim said...

To:wickedwitch
Ooo..welcome.
Thanks for viewing my assignment.
In future,if got any new info,share with me la..haha.
Hope this post will help you ya.
Anyway,nice to meet you oo