JKhye

I Will Follow You

Tuesday, February 9, 2010

Program Perjumpaan Perdana Pelajar


Anjuran:
Jawantankuasa Kecemerlangan Pelajar(JKEP), FKAAS

8am-1.30pm
9 Februari 2010
Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Objektif:
1)Memberikan amanat dan harapan daripada pihak pengurusan fakulti kepada pelajar FKAAS.
2)Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat maklumat dari pihak pengurusan fakulti,PPA,PTM dan HEP.
3)Memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka secara terus kepada pihak pengurusan fakulti,PPA,PTM dan HEP.
4)Merapatkan hubungan antara pelajar dan penasihat akademik masing-masing.
5)Memberikan pendedahan awal mengenai alumni kepada pelajar FKAAS.

Melalui Program ini, ia memberi semangat kepada saya untuk terus maju ke hadapan kerana pelajar cemerlang akan dipilih untuk menyertai rombongan sambil belajar di luar negara.Contohnya, Disember tahun lepas telah melawat ke United Kingdom, Hong Kong dan Indonesia. Secara jujurnya, saya memang berharap suatu hari nanti saya akan menjadi salah satu ahli dalam rombongan ini. Sebelum ini, saya mesti lebih berusaha dalam pencapaian akademik dan penguasaan dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, saya juga kagum kepada pelajar cemerlang tahun 4 yang menerima anugerah. Berita baik yang disampaikan oleh Dekan ialah bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar sedang dibangunkan dan akan disiapkan pada masa yang akan datang. Reka bentuk bangunan ini memang cantik dan unik. Syabas diucapkan kepada FKAAS.

2 comments:

Piggy said...

good job to FKAAS too...
i also hope khye's dream will come true. wish u good luck ^^
i will always support u ^0^

JKhye Lim said...

To:Piggy
Thanks Thanks!!!
Dream~~Dream~~Dream^^